|

YM.
Hj Tengku Osman bin Tengku Mohamad
PENGARAH URUSAN MMA GROUP
Assalamualaikum wth dan salam sejahtera
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat
Allah SWT kerana dalam kesibukan saya mengeluar dan memasarkan produk
herba masih ada ruang masa untuk saya isikan dengan program-program yang
dapat membantu masyarakat bagi melahirkan lebih ramai usahawan muslim,
program ini tercetus dari hasil pertemuan saya dengan sahabat yang saya
kasihi iaitu saudara BAHARUDIN ZAIDIN dan isteri beliau yang lebih
mesra dengan panggilan KAK UMMI. Pertemuan tanpa dirancang itu
berlaku dengan kehendak Allah SWT.
Setelah saya melihat bakat, kebolehan
dan pengalaman yang ada pada saudara Baharudin sebagai usahawan soya melebihi
10 tahun dan menilai sendiri produk yang dihasilkan dari aspek kualiti,
kebersihan dan keikhlasan beliau, maka saya merasakan adalah satu kehilangan
yang besar sekiranya beliau pejamkan mata tanpa mewarisi ilmu dan pengalaman
yang ada kepada masyarakat terutamanya individu muslim.
Kerana apabila mati seorang anak
Adam semuanya akan ditinggalkan kecuali 3 perkara:
1. ILMU YANG BERMANAFAAT
2. Amal Jariah
3. Anak Yang Soleh & Solehah
Setelah saya membuat solat istikharah
memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT akhirnya satu keputusan
yang tepat telah dibuat atas persetujuan bersama maka lahirlah PROGRAM
MENTOR USAHAWAN AIR SOYA DAN TAUFU FAH dengan izin Allah.
Harapan saya kepada semua peserta
dan bakal peserta agar peluang yang ada dihadapan mata, jangan disia-siakan
dan manafaatkan setiap ilmu, bimbingan dan tunjuk ajar yang disampaikan
demi menjana ekonomi keluarga, kerana ilmu yang diperolehi jika tidak
diamalkan adalah sia-sia kerana "MMA mengajar cara dan kaedah bagaimana
untuk dapat ikan, bukan bagi ikan", supaya selepas sahaja program
para peserta mampu berdikari atas kemampuan diri sendiri tanpa perlu bargantung
pada orang lain.
"JANGAN TUNGGU TERLALU SEMPURNA UNTUK MEMULAKAN
LANGKAH PERTAMA.

|