|

KATA-KATA ALUAN TENAGA PENGAJAR
ENCIK BAHARUDDIN BIN ZAIDIN
MENTOR SOYA MMA GROUP
Assalamualaikum
wth dan salam sejahtera
Pertama sekali saya panjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana diberikan
kesempatan berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman dengan peserta dan bakal
peserta, terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah Urusan MMA Group
YM. Haji Tengku Osman bin Tengku Mohamad di atas kesudian beliau menerima
dan melantik saya sebagai Mentor untuk program usahawan berasaskan soya.
Pengalaman selama 12 tahun sebagai pengusaha produk berasaskan soya bukanlah
bermakna saya tidak perlu lagi belajar, meskipun ramai yang mengatakan
produk yang saya hasilkan berbeza dari segi kualitinya namun saya masih
lagi mencari dan mengkaji sekiranya ada yang lebih baik dan lebih memudahkan
peserta.
Namun apa yang saya berikan dan perturunkan untuk masa ini adalah yang
terbaik dan termampu jika dibandingkan dengan apa yang saya lalui dan
alami pada peringkat awal penglibatan saya 12 tahun dahulu tanpa bimbingan
daripada mana-mana pihak. Apa yang saya perolehi hari ini merupakan hasil
belajar daripada kesilapan dan kegagalan dan pengalaman ini dikongsikan
agar setiap peserta tidak melakukan kesilapan yang serupa. Saya juga berharap
ilmu yang saya perturunkan ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh setiap
peserta bagi menjana pendapatan kerana sepanjang saya menghasilkan soya
baik Cina, India dan Melayu mereka minum dan maklumbalas yang diterima
mereka berpuashati malahan ada yang mengatakan kalau Cina minum soya yang
dihasilkan kekalkan resepi tersebut dan resepi inilah yang saya perturunkan
pada setiap peserta program Mentor agar dengan hasilan yang bermutu dan
berkualiti para peserta mampu bersaing dan mempunyai pelanggan tetap dikalangan
penggemar makanan dan minuman berasas soya.
Sebagai Mentor yang dipertanggungjawabkan adalah disarankan supaya setiap
peserta yang lahir daripada program ini sekiranya ingin menjadi usahawan
berasaskan soya perlu ada peralatan-peralatan untuk memproses soya seperti
mana yang saya gunakan ini bukanlah untuk membebankan atau menyusahkan
sebaliknya bertujuan memudahkan setiap peserta dan memastikan kualiti
soya yang dihasilkan kerana dari pengalaman saya sendiri sekiranya kita
memproses tanpa peralatan ianya pasti menyusahkan, melambatkan dan meletihkan
akhirnya hasrat untuk menjadi usahawan berasaskan soya akan berkubur begitu
sahaja. Sebab itu di MMA Group kami memastikan setiap peralatan yang diperlukan
disediakan, bagi memastikan setiap peserta memiliki peralatan yang betul
agar peserta tidak tertipu dengan membeli peralatan yang tidak berkualiti.
Akhir kata saya sentiasa mendoakan semoga semua peserta berjaya, amalkan
setiap ilmu yang dikongsikan dalam program Mentor ini, kerana RM bukanlah
nilainya jika nak dibandingkan dengan ilmu yang boleh diwarisi hingga
ke anak cucu. Peringkat awal dulu saya telah lalui kesukaran, kepayahan
dan kesusahan untuk mencari orang yang sudi membimbing tetapi tidak ada,
anda hari ini seharusnya bersyukur dan bertuah kerana dengan menyertai
pakej Mentor hari ini belajar esok sudah boleh berniaga. Anda bawalah
segenggam duit dan pergi pada si penjual soya mereka tidak akan ajar paling
tidak mereka hanya bagitahu sikit-sikit, mereka tidak akan ajar kesemunya
tetapi di MMA setiap pelaburan dan wang ringgit anda tidak akan disia-siakan
kerana kami pernah merasai, melalui dan mengalami keadaan bertapa sukar
dan susahnya untuk mendapatkan wang, maka wang yang anda berikan akan
kami gantikan dengan Ilmu yang tidak diajarkan di mana-mana program dan
dengan Ilmu ini mampu memberikan anda lebih banyak wang berbanding dengan
apa yang anda belanjakan.

|