MENU UTAMA
Untitled
  • LAMAN UTAMA
  • Kata Aluan Pengarah Urusan
  • Dari Pena Mentor Soya
  • Biodata Mentor
  • Tawaran Program
  • Pakej Kursus
  • Pendaftaran Online Kursus
  • Surat Sokongan
  • Testimoni Peserta
  • Foto Galeri
  • Info Kesihatan
  • Hubungi Kami
 
KALENDAR AKTIVITI
Klik di sini untuk kalendar detail
 

Panggilan khas kepada orang-orang Sabah & Sarawak !

Daftar sekarang untuk penetapan masa dan tempat latihan di negeri anda !

DAFTAR SEKARANG

 

Jika ada sebarang jemputan dari Jabatan Kerajaan mahupun Persatuan-Persatuan yang berminat untuk mengadakan program ini untuk kumpulan sokongan anda, sila hubungi kami untuk perbincangan selanjutnya.

mentorsoya.mmagroup.com.my :
TAWARAN PROGRAM MENTOR SOYA

MMA Group menawarkan program ini kepada :

Pesara dan bakal pesara kerajaan atau swasta
Jabatan-jabatan Kerajaan
Persatuan, pertubuhan, Agensi atau kelab
Unit Perancang Ekonomi Negeri
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri bagi membela warga miskin.
Pusat Zakat atau Baitumal Negeri bagi mereka yang layak menerima Asnaf zakat.
Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi membasmi kemiskinan tegar.
Agensi Dadah Kebangsaan bagi bekas-bekas penagih untuk membina kehidupan baru dengan menceburi bidang perniagaan.
Dan juga individu yang berjiwa Usahawan dan ingin menceburi badang perniagaan berasaskan soya.
   

MMA Group yakin program Mentor ini pasti memberikan manafaat kepada peserta kerana Sabda Rasulullah SAW "9/10 rezeki datangnya dari bidang perniagaan". Melalui Program Mentor ini para peserta akan diberikan Motivasi Asas Usahawan oleh Pengarah Urusan MMA Group bagi membuka minda para peserta. Dengan memberikan mereka peluang menyertai pakej Mentor ini mudah-mudahan minda mereka terbuka untuk merubah kehidupan dan masa depan mereka kearah yang lebih cemerlang seterusnya memberikan mereka satu perniagaan bagi menjana ekonomi keluarga. Bagi membantu dan merubah kehidupan peserta di dalam program Mentor ini MMA tidak memberikan mereka ikan tetapi sebaliknya MMA mengajar mereka bagaimana untuk dapatkan ikan, kerana sampai bila kehidupan mereka harus bergantung kepada orang lain dan sampai bila kehidupan mereka harus dibelenggu kemiskinan.

Maka dengan adanya kursus produk berasaskan soya ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka dan memberikan mereka pilihan untuk menceburi bidang perniagaan produk berasaskan soya, ini adalah kerana jika dilihat di sekeliling bilangan bumiputra yang berniaga produk berasaskan soya sama ada di pekan, taman perumahan, kampung dan bandar terlalu sedikit dan adakalanya sukar didapati, malahan kebanyakkan daripada kita hari ini untuk minum Air Soya dan makan Taufu Fah yang sedap dan berkualiti sebilangan besar terpaksa beli soya yang dihasilkan oleh bukan bumiputra di mana dari segi kebersihan dan pemprosesan juga mungkin meragukan, ini membuktikan bahawa pasaran produk berasaskan soya dikalangan bumiputra ini masih terbuka luas bagi memenuhi permintaan pengguna di kalangan bumiputra.

Maka adalah satu kerugian besar sekiranya program Mentor Usahawan berasaskan soya ini tidak direbut, kerana hari ini telah terbukti ramai yang menghadiri program Mentor kini mereka mampu menjana pendapatan yang lumayan terutamanya di sepanjang bulan Ramadhan, untuk satu tapak bazaar Ramadhan pendapatan mereka mencecah RM5,000 hingga RM15,000 sebulan Ramadhan. Malahan melalui program ini juga ilmu yang mereka perolehi dapat diwarisi oleh anak cucu mereka selama ilmu ini dimanafaatkan.

Bagaimana? Anda berminat untuk menyertai Program MENTOR USAHAWAN SOYA.
Klik butang dibawah untuk membuat pendaftaran secara online.

footer : NR Bashirah : NRBashirah.com